dr normazaini Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.‚Äč

Selamat datang ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pertama sekali, bagi pihak Kolej Universiti, saya ingin mengucapkan ahlan wa sahlan, wa marhaban bikum dan selamat datang kepada pelajar-pelajar siswazah baru KUIS. Dengan pendaftaran rasmi anda sebagai pelajar di Pusat Pengajian Siswazah, KUIS bermulalah perjalanan anda dalam pencarian ilmu dan kemahiran penyelidikan yang lebih tinggi, InshaAllah.

Sebagai pelajar yang matang, anda dijangka untuk mempunyai  kesungguhan dalam menekuni bidang pengajian dan penyelidikan masing-masing dengan bimbingan penyeliaan yang minumum. Pada dasarnya seorang graduan pasca siswazah yang berkelayakan harus dapat menunjukkan

penguasaan ilmu, untuk mensintesis dan menyumbang kepada pengetahuan untuk layak dianugerahkan Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah. Justeru, rancang, atur dan laksankanlah pengajian anda sebaiknya bagi memastikan segala kemahiran dan penguasaan dalam bidang yang diikuti dapat diperolehi dengan jayanya.

Selaras dengan Visi KUIS,  graduan yang bakal dilahirkan daripada program pasca siswazah KUIS bukan sahaja kompeten dalam bidang kepakaran masing-masing, tetapi mampu menghayati konsep tawhidik .  Justeru, pilihan anda untuk mengikuti program sarjana MBA (Muamalah) dan Sarjana Syariah (Pengurusan), serta program Doktor falsafah Islamiyyat bakal menyaksikan transformasi dalam pemikiran dan tindakan graduan PPS KUIS. Ini merupakan kekuatan program pascasiswazah KUIS.

Akhir sekali, saya berharap anda akan mempunyai satu perjalanan ilmu yang yang bakal dikenang sepanjang hayat.

Barakallahu fikum.

Terima kasih.

Dr. Normazaini Saleh
Pengarah
Pusat Pengajian Siswazah

Jumlah Pelawat

021161
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
5
251
1085
1344

Pautan

Pusat Pengajian Siswazah (PPS)
address  Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA   gps  2.891009, 101.788373
tel +603 8911 7000    faks +603 8926 8462    emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (umum) / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (kemasukan) / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (laman web)
Hakcipta © Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor | Paparan terbaik menggunakan browser terkini (desktop dan telefon pintar)

2015 © Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor